Back

Newsroom

“Semua Orang Sudah Sampai?" Festival George Town 2024 Bermula dengan Tema "Kini Di Sini" Hari Ini!

Published on 30/07/2024

Festival George Town bermula hari ini dengan semangat yang berkobar-kobar! Dengan karya seni instalasi “Preserving Memories,” artis Jepun Kaito Sakuma menawarkan pengalaman audio dengan menggetarkan aliran air yang seumpama cermin. Ianya digabungkan pula dengan angin sepoi-sepoi bahasa di Penang Quay. Selain daripada itu, dengan sokongan kukuh dari bumi negeri Pulau Pinang, artis Australia meneraju "Shadow Sculptures," satu aktiviti seni yang menggunakan alam semula jadi sebagai bahan dan juga kanvas.

Festival ini dibuka dengan meriah oleh persembahan Boria, yang menampilkan narasi yang santai dan lucu. Persembahan pembukaan ini telah memberikan nafas keceriaan kepada festival ini, mencipta suasana riang kepada para pengunjung yang turut tersenyum simpul dan bergelak tawa. 

Dengan tema "Here & Now", Festival George Town yang akan berlangsung selama 10 hari ini, bermula daripada 19 sehingga 28 Julai, menawarkan lebih daripada 80 program yang menampilkan artis-artis tempatan dan juga antarabangsa. Selain daripada karya dan persembahan oleh artis-artis daripada Pulau Pinang dan seluruh Malaysia, GTF 2024 menyambut mesra karyawan dari negara-negara seperti Indonesia, Thailand, Itali, Taiwan, Sepanyol, Australia, Jepun, Lithuania, Bulgaria, Colombia, Singapura, Amerika Syarikat, Vietnam, China dan India.

Majlis pembukaan festival ini telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Chow Kon Yeow dan Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Pulau Pinang (PETACE), YB Wong Hon Wai, bersama beberapa rakan kongsi dan artis antarabangsa yang bekerjasama dengan festival ini.

Omara Boria melaungkan “Semua Orang Sudah Sampai ke?” dengan lantang, untuk menyeru penyatuan semula kesemua ahli dan sektor industri seni. Tampak sekali tema "Here & Now" telah berjaya disulami dengan cocok di dalam setiap aspek acara pada pagi ini.  Kerja keras pasukan teras GTF, digabungkan dengan semangat meriah acara ini, telah memberikan pemulaan festival yang penuh bertenaga kepada semua. Mungkin acara ini, dan juga kita semua, adalah pihak yang amat beruntung kerana mempunyai pihak penganjur yang sangat berdedikasi.

Untuk mendapatkan maklumat terkini dan lebih informasi tentang tiket, sila ikuti CloudJoi di media sosial atau layari CloudJoi Georgetown Festival 2024.

Website | Facebook | Instagram | Tik TokLinktree

Latests Blog Posts

Titus Andronicus: Shakespeare Florified

05/09/2024·Newsroom

Did 'They All' Achieve Catharsis or Just 'Die At The End'?

05/09/2024·Newsroom

The Sisters Soong: An Ambitious Retelling Of China’s Popular Siblings

05/09/2024·Newsroom

CloudJoi and UiTM Unite to Amplify Malaysian Arts

28/08/2024·Newsroom

Yam Seng Lah! : One Toast, Many Tales

20/08/2024·Newsroom

Waktu Batu. Rumah yang Terbakar: The Experiment Within An Experiment

20/08/2024·Newsroom