MUZIKAL GERINCING SARI EMBUN
Duration: 120 minutes without intermission
Doors Open: 45 minutes before the event
Seating: Numbered Seating
Dress Code: Casual
Price
RM25.00, RM35.00
from
RM25.00
Additional Fee Applies
Duration: 120 minutes without intermission
Doors Open: 45 minutes before the event
Seating: Numbered Seating
Dress Code: Casual
Ticketing
About
Muzikal Gerincing Sari Embun merupakan sebuah pementasan teater muzikal bertemakan tradisional yang diinspirasikan daripada mitos rakyat Kampung Sri Bunian, Pontian, Johor. Diangkat dari kisah tempatan yang diwarisi turun-temurun, muzikal ini mengungkap misteri Sungai Bunyi, sebuah lokasi yang dipercayai menyimpan pelbagai kisah alam ghaib, terutama yang berkait dengan dunia bunian.
Sungai ini dinamakan demikian kerana sering kedengaran bunyi-bunyi gemerincing halus pada waktu-waktu tertentu, seolah-olah menjadi isyarat kepada kehadiran sesuatu yang tidak dapat dilihat mata kasar. Di sebalik nama kampung itu sendiri, “Sri Bunian”, dipercayai wujud perkaitan antara penduduk asal dan dunia mistik yang mengelilingi mereka.
Pementasan muzikal ini akan berlangsung selama 2 jam, dan menyatukan para penggiat seni, artis budaya, dan pemuzik negeri Johor di bawah satu produksi gah. Ia akan menampilkan gabungan persembahan teater, tarian tradisional, vokal secara langsung, serta muzik latar orkestra tradisional yang disusun khas oleh pemuzik-pemuzik profesional daripada Yayasan Warisan Johor.
Dengan unsur naratif yang kaya dengan warisan tempatan serta gaya persembahan yang dramatik dan penuh emosi, Gerincing Sari Embun bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga mendidik dan mengangkat nilai budaya Johor yang jarang diketengahkan di pentas arus perdana.