8 KISAH 1 MALAM

Yayasan Warisan Johor


LanguageBahasa Malaysia

Subtitle/SurtitleBahasa Malaysia

CategoryTheatre

Duration: 120 minutes without intermission

Doors Open: 45 minutes before the event

Seating: Numbered Seating

Dress Code: Casual

from

RM18.00

Additional Fee Applies

“8 Kisah 1 Malam” ialah sebuah pementasan teater antologi yang menggabungkan 8 karya berbeza dalam satu malam. Setiap karya menampilkan kisah unik yang menyentuh tema takdir, resah, dan bayang diterjemah melalui pelbagai gaya persembahan dan naratif oleh pengkarya.

Ticketing

Friday

8th

Aug 2025

8:30PM (GMT+8)

Early Bird: 25 July - 31 July 2025

About

8 Kisah 1 Malam merupakan pementasan teater antologi pertama seumpamanya di Johor yang menghimpunkan lapan karya pendek dalam satu malam persembahan. Ia mempersembahkan pelbagai bentuk penceritaan dan gaya pengarahan daripada generasi pengkarya yang tampil berani mengangkat tema-tema besar seperti takdir, resah, dan bayang.

Konsep pementasan ini mengangkat format teater pelbagai disiplin — menggabungkan pelbagai genre seperti Realisme, Absurd, Eksperimental, Muzikal, dan Monolog / Monodrama yang dipersembahkan secara bergilir dalam satu malam. Inilah kali pertama format ini diketengahkan di negeri Johor, sekaligus membuka ruang kepada khalayak tempatan untuk menyaksikan dimensi baharu dalam persembahan teater kontemporari.

Setiap karya berdurasi 10 minit dan membawa naratif tersendiri yang mengangkat pengalaman dan keresahan masyarakat hari ini. Karya-karya yang dipentaskan termasuk : Hitam Manis, Tiang yang Tak Tumbang, Perempuan yang Mewangi, Tanah Bernanah, Nyorok, Marcapada, Wajah Musalmah dan We Need Only Beberapa Minit. Kesemua karya ini lahir daripada pelbagai latar budaya dan pengalaman pengkarya, lalu digarap menjadi persembahan yang mencabar bentuk konvensional pentas.

More from Yayasan Warisan Johor

Show All

MUZIKAL GERINCING SARI EMBUN

1617/08/2025·Musical

Past

KONSERT RINDU BAYANGAN: Penghormatan Istimewa Buat Allahyarham Omar Taib

28/09/2024·Music

More from Theatre

Show All

全男班《白蛇传》ALL MALE White Snake

31/07–03/08/2025·Theatre

Safari

02/08/2025·Theatre

My Cloud

03/08/2025·Theatre

Kita Tak Mati

0710/08/2025·Theatre

Between Light & Grey: A Double Bill of Puppetry

0910/08/2025·Theatre

[Performance & Sharing] Dr. Oen Boen Ing: Becoming Indonesia

14/08/2025·Theatre