past
Venue:

CloudTheatre.com

Date2526/07/2020

Time8:00PM, 3:00PM


LanguageBahasa Malaysia

CategoryTheatre

Duration: 2.5 hours with Q&A

This show has ended.

from

RM5.00

All Fees Included

Kelakar, provokatif dan menyentuh perasaan, Parah mempersoalkan persahabatan, bangsa, negara dan semangat kekitaan.

Funny, provocative and moving, Parah asks questions about friendship, race, nation and belonging.

#parah2020 #zoomparah2020

Ticketing

Saturday

25th

Jul 2020

8:00PM (GMT+8)

Sunday

26th

Jul 2020

3:00PM (GMT+8)

About

Parah oleh Alfian Sa’at
Produksi The Instant Café Theatre Company
Pengarah Jo Kukathas
Muzik & Bunyi Ng Chor Guan
Produser Tan Cher Kian
Pelakon Iedil Dzuhrie Alaudin, Gregory Sze, Farah Rani & Branavan Aruljothi

PARAH akan dipentaskan dalam Bahasa Melayu

Tarikh : 25 Julai, SABTU (8pm) & 26 Julai, AHAD (3pm)
Harga Tiket : Bayar ikut suka - RM5, RM10, RM30, RM50 dan RM100
Jualan Tiket & Streaming : www.cloudtheatres.com

Masyarakat seni menghadapi cabaran besar untuk bertahan di kala wabak Covid19 ini. Disebabkan Instant Café bertekad untuk menghasilkan teater dengan harga tiket yang mampu diakses oleh semua, kami telah memberikan beberapa pilihan harga tiket yang berbeza agar para penonton dapat memilih harga tiket yang mereka mampu. Mereka yang lebih berkemampuan dari segi kewangan berpeluang untuk membeli tiket yang lebih mahal sebagai sumbangan kepada kos produksi serta kelestarian Instant Café Theatre manakala mereka yang menghadapi cabaran kewangan boleh membeli tiket yang lebih murah. Kami sedar bahawa ramai yang sedang menghadapi kegawatan. Tidak kira harga tiket yang dibayar, anda tetap mendapat tiket di barisan pertama.

Sinopsis

Melur, Kahoe, Mahesh dan Hafiz merupakan pelajar-pelajar Tingkatan 5 di KL. Mereka adalah kawan karib dan selalu melepak di rumah Melur, bermain dan ada kalanya, belajar. Akan tetapi, hidup mereka tercampak ke dalam kemelut apabila Mahesh berpihak kepada pelajar-pelajar lelaki India dalam kelas yang menolak penggunaan buku teks sastera, Interlok kerana buku tersebut disifatkan rasis. Mahesh cuba menjelaskan pendiriannya kepada kawan-kawannya tetapi ini sebaliknya menjadikan mereka berempat semakin terasing. Perkara-perkara polos seperti badminton kegemaran mereka dan lawak jenaka mainan kata semuanya kini dipandang nilai melalui kanta perkauman. Tanpa kemampuan untuk menyoal siasat parut sejarah dengan cara yang betul, hidup mereka menghadapi pergolakan yang meruncing.

Mampukah persahabatan mereka bertahan?

Beli Tiket

Secubit Sejarah

Naskhah Parah karya penulis Singapura Alfian Sa’at pada 2011 merupakan hasil program residensi FIRSTWoRKS oleh Instant Café Theatre dan dipentaskan buat kali pertama di Singapura oleh Teater Ekamatra. Tempoh residensi ini kebetulan terjadi kontroversi seputar novel INTERLOK karya Abdullah Hussain yang mengisahkan interlok di antara keluarga Melayu, Cina dan India pada tahun-tahun menjelang kemerdekaan. Novel yang diperkenalkan semula dalam kurikulum sekolah ini menjadi kontroversial apabila ditentang oleh kumpulan hak agama Hindu atas sebab gambaran kaum India dalam novel tersebut berunsur hinaan. Antaranya mereka membantah penggunaan perkataan ‘pariah’ untuk watak orang India. Peristiwa ini telah memulakan perdebatan hangat berkenaan dengan bangsa, bahasa, hak istimewa, dominasi dan penggunaan perkataan ‘p’.

Pada masa yang sama turut berlaku kontroversi penggunaan perkataan Allah. Alfian terkesan dengan perjuangan bangsa di Malaysia dan juga pergelutan tentang kata-kata. Sebagai seorang penulis Alfian tidak menyokong penapisan buku. Sememangnya ketidaksenangan terhadap episod-episod tertentu dalam sejarah itu tetap wujud tetapi bagaimana pula dengan parut-parut yang ditinggalkan oleh buku-buku ini dan kata-kata di dalamnya? Sudah tentu semua ini memberi makna buat mereka yang menderita bukan? Pemergian pengarah filem mendiang Yasmin Ahmad sekitar waktu itu turut memberi kesan yang mendalam kepada Alfian. Kesan ini menghasilkan Parah, sebuah karya inversi dunia indah mendiang Yasmin dalam filem Talentime yang memperlihatkan bagaimana politik perkauman boleh meranapkan benteng persahabatan yang paling teguh sekalipun. Naskhah ini telah dipentaskan tujuh kali dari 2011 - 2015 dan mendapat sambutan kritis.

Kenapa Parah Dipentaskan Semula Sekarang?

Sembilan tahun kemudian pada tahun 2020, peristiwa pemangkin keberhasilan Parah tidak lagi menjadi tajuk akhbar tetapi kepedihan cerita yang sama masih terasa gemanya. Sembilan tahun kemudian, isu perkauman dan hak istimewa semakin hangat diperdebatkan secara emosional di Malaysia. Kematian George Floyd dan kebangkitan semula skala global gerakan Black Lives Matter mendorong ramai golongan muda rakyat Malaysia mempersoalkan keperitan politik perkauman yang mereka warisi. Salah silap generasi ini, musibahnya ditanggung generasi akan datang.

Luka lama kembali berdarah lebih dalam lagi pantas menyedarkan kita semua dari lamunan.
Pada tahun 2020, masyarakat dunia dilanda wabak Covid19 yang sekaligus memarakkan sentimen perkauman dan xenofobia. Justeru itu, Instant Café Theatre berasa penting untuk mementaskan semula naskhah ini. Sudah sampai masa untuk kita menyoal selidik semula pergelutan kita dengan politik perkauman dalam diri kita sendiri. Bahasa yang kian hari kian kesat digunakan untuk membuli mereka yang memiliki sejarah yang berbeza daripada kita. Gejala buli dalam talian telah mendorong seorang gadis India menamatkan riwayatnya sendiri. Apakah dunia yang kita berikan kepada pelajar-pelajar dalam Parah? Kepada pelajar- pelajar sekolah di Malaysia? Apa yang boleh dilakukan untuk menghentikan politik perkauman?

Beli Tiket

Kenapa Zoom Parah?

Kami memulakan latihan dalam Zoom dengan idea untuk menerokai cara baru membawa teater kapada penonton. Andai Covid19 telah menghalang penonton ke teater atau untuk menjalani latihan, maka kami ingin mencari cara untuk membawa teater kepada penonton.

Latihan menjadi suatu cabaran dalam situasi sebegini. Kami sedar bahawa kami tidak dapat mereplikasi pengalaman menonton teater sebelum ini. Kamu juga tidak mahu membuat suatu sesi bacaan melalui Zoom. Kami mendapati bahawa teknologi memiliki kedua-duanya, kemungkinan dan batasan. Bagaimana untuk menyampaikan emosi yang padu kepada penonton yang boleh dirasakan dalam teater merentasi jurang digital? Perkara pertama yang kami pelajari ialah menerima segala kemungkinan bersertakan batasannya dan menjadikan batasan itu sendiri suatu kekuatan. Parah yang sebelum ini pernah dipentaskan di Singapura, Adelaide dan Brisbane kini dapat ditonton di dalam rumah penonton sendiri - dari Kuching ke Kuantan ke Kuala Lipis! Dan ini amat mengujakan.

Walaupun ruang teater kini sudah kembali beroperasi, kami membuat keputusan untuk meneruskan rancangan kami mementaskan Parah melalui Zoom dengan platform digital baru, Cloud Theatre. Kami berharap agar anda semua akan berkumpul dengan keluarga dan rakan taulan di rumah dan menonton Parah bersama-sama. Para pelakon serta penulis, pengarah dan produser akan mengelolakan perbincangan dalam talian selepas pementasan berakhir.

Kami turut berharap agar kamu akan terus berbincang dan berdebat tentang apa yang berlaku kapada empat sekawan dalam Parah walaupun komputer telah dipadamkan. Apa yang boleh dilakukan dengan cara yang berbeza? Apakah harapan kamu? Kami berharap para penonton akan menanyakan soalan-soalan yang rumit dan memerlukan jawapan.

Tiket - Bayar Ikut Suka : RM5, RM10, RM30, RM50, RM100

Beli Tiket

Tarikh
Sabtu 25 Julai (8pm) dan Ahad 26 Julai (3pm)
Setiap pementasan akan diakhiri dengan diskusi pasca-pementasan bersama penulis, pengarah, peroduser dan pelakon.

Parah akan dipentaskan dalam Bahasa Malaysia.
Naskhah Parah dalam Bahasa Inggeris akan disediakan dalam talian semasa pementasan berlangsung.

FIRSTWoRKS Bengkel Penulis Isnin 27 Julai 7pm – 10pm
Bengkel Penulis Dalam Talian akan menggunakan naskah Parah sebagai peluang untuk perbincangan plot, watak, tema dan struktur. Maklumat lebih akan menyusul.

PRODUKSI
PENAJA
RAKAN STRATEGIK

Parah by Alfian Sa’at
Produced by The Instant Café Theatre Company
Director Jo Kukathas
Sound & Music Ng Chor Guan
Producer Tan Cher Kian
Actors Iedil Dzuhrie Alaudin, Gregory Sze, Farah Rani and Branavan Aruljothi

PARAH will be performed in Malay.
Date: Saturday July 25th 8pm & Sunday July 26 3pm
Tickets: Pay as you like basis - RM5, RM10, RM30, RM50, RM100
Ticketing & Streaming : www.cloudtheatres.com

With Covid19 the arts have been struggling to survive. However Instant Café is committed to making theatre financially accessible to everyone so we have tiered our tickets to allow you to pay what you can afford. The more expensive ticket is an opportunity for you to contribute to the cost of this production and to the survival of Instant Café, the cheaper ticket is for those who are struggling financially. We know these are difficult times for everyone. No matter what you pay you get a front row ticket.

Synopsis

Melur, Kahoe, Mahesh and Hafiz are Form 5 students studying in KL. Best friends, they always find themselves in Melur’s house hanging out, monkeying around and sometime even studying. However, their innocent lives are thrown into turmoil when Mahesh sides with the Indian boys in his class in refusing to study their literature textbook, Interlok, on the grounds that it is racist. Mahesh tries to explain his position to his friends but this divides them even further. Every innocent thing from their beloved badminton to their jokey wordplay is seen through a racial lens. Without the proper vocabulary to interrogate the wounds of history their lives are thrown in turmoil.

Can their friendship survive?

Purchase Ticket Now

A Quick History

The play Parah was written by Singaporean playwright Alfian Sa’at in 2011 following a FIRSTWoRKS residency with Instant Café Theatre and an opportunity with Teater Ekamatra, Singapore for a first staging. The residency coincided with the controversy over the novel INTERLOK by Abdullah Hussain which told the interlocking story of a Malay, Chinese and Indian family in the years leading up to Independence. The book, reintroduced into the school curriculum, became controversial when a Hindu rights group objected to it on the grounds that the portrayal of Indians was demeaning and insulting. Among other things they objected to the use of the word ‘pariah’ to describe the Indian characters. This led to a heated debate about, race, language, privilege, dominance and the use of the ‘p’ word.

Alfian’s residency also coincided with the controversy over the use of the word Allah. Alfian was struck by the race struggles in Malaysia as well as by the struggle over words. As a writer he could not endorse the censorship of books. Surely, books should exist historical warts and all? But what of the wounds created by these books and words? Surely they must mean something to the afflicted? At the same time the untimely death of Malaysian filmmaker Yasmin Ahmad had hit Alfian hard. And so Parah was written. An inverse world of Yasmin’s last idyllic film Talentime, Parah looked at how racial politics can divide even the strongest of friendships. It was staged 7 times from 2011 – 2015 to critical acclaim.

Purchase Ticket Now

Why Restage Parah Now?

Nine years later in 2020, the events and incidents that were the catalyst for Parah no longer makes headlines, but the story remains painfully resonant. Nine years later issues of race and privilege are being even more emotionally debated in Malaysia. The death of George Floyd and the global resurgence of the Black Lives Matter movement has led many young Malaysians to question the painful race politics they have inherited. The parents have eaten sour grapes, goes the proverb, and now the children’s teeth are set on edge.

Seeing these ancient hurts resurface so deeply and quickly was sobering.

In 2020 with Covid19 leading to a worldwide spike in racist and xenophobic sentiments Instant Café Theatre felt it was important to stage the play once again. It was time to once again interrogate our ongoing struggle with race relations. The worrying rise in xenophobia can be seen as the inevitable result of our internalised racialized politics. The language being used to bully those with different histories has become uglier. Online bullying even led one Indian girl to commit suicide. What is the world we are offering to the school children of Parah? To the schoolchildren of Malaysia? What can be done to end race based politics?

Why Zoom Parah?

We started rehearsals on Zoom with the idea of exploring a new way to bring theatre to people. If Covid19 had created a situation where people could not go to the theatre or even to rehearsals then we would find a way to bring theatre to people.

The rehearsals were challenging. We knew we could not replicate the act of theatre. Neither did we want to do a Zoom reading. We discovered the technology had both possibilities and limitations. How to communicate the intense emotion the audience could feel in the theatre across the digital divide? The first thing we learnt was to embrace the digital with all its possibilities and its limitations and turn the limitations into strength. One strength of the digital is that we could take this play that had travelled to Singapore, Adelaide and Brisbane and broadcast it into homes all over Malaysia – from Kuching to Kuantan to Kuala Lipis! This was exciting.

This is why despite theatres reopening we decided to continue our plans to broadcast Parah through Zoom and the new online digital platform Cloud Theatre. We hope you will gather your friends and family to your house and watch it together. After the play the actors, the playwright, director and producer will have an online discussion.

After your computers have been turned off we hope you will discuss and debate what happened to these four young friends. What could have been done differently? What do you hope for? We hope all of you watching, will ask the difficult questions that need answering.

Tickets - Pay What You Like: RM5, RM10, RM30, RM50, RM100

Purchase Ticket Now

Dates
Saturday July 25th 8pm Sunday July 26 3pm
There will be 2 post-show discussions with the playwright, director, producer and actors.

Language
In BM, with no subtitles. An online copy of the English text will be available during the show.

FIRSTWoRKS Writers’ Workshop Monday July 27th 7pm – 10pm
There will be an online writers’ workshop which will use the play as an opportunity to workshop the participants ideas for their own theatre. Sign up! Details to follow.

Purchase Ticket Now

 

Purchase Ticket Now

Presented by
Sponsored by
Strategic Partner

More from The Instant Café Theatre Company

Show All
Past

AIR CON

2426/09/2021·Theatre

Past

Nadirah Encore

2930/11/2020·Theatre

Past

'CMCO' Nadirah

24/10/2020·Theatre

More from Theatre

Show All

Sunway DPA's Three Sensational Short Plays

2122/12/2024·Theatre

THEATRE: Take 13 - Sorak Sorai

0304/01/2025·Theatre

猫の事务所 The Cat Office

1719/01/2025·Theatre

Bangsawan Bunga Bakawali

1719/01/2025·Theatre

AN EVENING OF CANTONESE OPERA

1718/01/2025·Theatre

FRIDAY THE 13TH

1819/01/2025·Theatre