SEL AKHIR
CloudTheatre.com
Date: 26/03–11/04/2021
Time: 8:00PM, 9:00PM
Language: Bahasa Malaysia
Category: Theatre
Duration: 52 minutes
Price
RM28.00
from
RM28.00
All Fees Included
Price
RM28.00
from
RM28.00
All Fees Included
Duration: 52 minutes
Ticketing
Friday
26th
Mar 2021
8:00PM (GMT+8)
Watch Online
Saturday
27th
Mar 2021
8:00PM (GMT+8)
Watch Online
Sunday
28th
Mar 2021
8:00PM (GMT+8)
Watch Online
Friday
9th
Apr 2021
9:00PM (GMT+8)
Watch Online
Saturday
10th
Apr 2021
9:00PM (GMT+8)
Watch Online
Sunday
11th
Apr 2021
9:00PM (GMT+8)
Watch Online
About
PENGENALAN
Dinamik persembahan pentas dalam dekad perubahan dan media baharu adalah julung kali dilakukan oleh Persatuan Seni Ceritera. Dalam dunia memerangi pandemik virus Covid-19, kita semua mengetahui bahawa norma baharu wujud dan tidak kurangnya industri seni juga sangat terjejas. Sebuah produk seni teater juga haruslah melangkah dengan perubahan serta anjakan dari formasinya yang tradisi (analog) kepada bentuk teknologi terkini iaitu secara (digital) atau lebih mesra persembahannya melaui virtual.
Teater, dari sisi pengisian itu hakikatnya sama jika medium persembahannya secara langsung di pentas. Kini kita akur dengan norma baharu dimana keadaan ini nyata berbeza dengan hakikat sebenar dan setiap karya itu sendiri yang sebenarnya indah, berdiri kukuh sebagai suatu enakmen yang mampu mengusik perasaan harus dijuangkan untuk tontonan umum walau apa pun cabaran dan rintangan. ‘Teater Sel Akhir 2021’ dilahirkan atas proses yang sangat berbeza secara exprimental pembuatannya, yang difikirkan lalu diterjemahkan dengan melalui teknik baru. Kita percaya, seni itu lebih besar dari ciptaan sains dan sesuatu hasil karya adalah sangat subjektif. Ini adalah satu bentuk apresiasi oleh sutradara dan dibantu tenaga produksi bagi merialisasikan satu projek baru pada asasnya masih menggunakan ruang pentas dan gabungan teknologi Layar Hijau (Green Screen Technology) adalah kaedah luar dari kebiasaan dalam pembentukan persembahan teater. Dari proses Pra Produksi hingga ke Pasca Produksi – tahap penyuntingan bahan, kesan bunyi dan visual yang telah diambil semasa peringkat produksi sehingga ia muktamad dan siap ditontonkan secara maya. ‘Teater Sel Akhir 2021’ adalah satu produk yang memikirkan tentang seni serta impak pemikiran dan penjulangan budaya teater baharu dalam norma baharu memperjuangkan serta memartabatkan Teater Malaysia dengan semangat kecintaan yang tebal.
Terima kasih pada semua yang terlibat dan Selamat Menonton.
Sheikh Shuhaimi bin Sheikh Abdul Rahim
Pengerusi
Persatuan Seni Ceritera
SINOPSIS
SEL AKHIR mengisahkan tiga orang banduan yang menanti hari terakhir sebelum mereka dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Mereka bertiga di tempatkan di dalam bilik penjara akhir bagi banduan yang akan dihukum gantung. HAFIS, ALIAS dan OSMAN berperang dalam diri, rasa takut, ngeri, geram, terkilan, sedih, sayu dan seribu satu rasa bermain di fikiran mereka dalam menanti hukuman.
HAFIS dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana telah membunuh seorang wanita yang juga merupakan kakak angkatnya, KAK ANA. HAFIS dilahirkan berstatus anak luar nikah. Ibunya seorang pelacur dan telah meninggal dunia akibat penyakit HIV Aids. HAFIS bersama ayahnya telah tinggal di bawah jambatan di Masjid Jamek. HAFIS berjumpa dengan seorang ustaz di Masjid Jamek dan dia telah mempelajari ilmu agama di situ. HAFIS dihantar ke rumah kebajikan setelah ayahnya diberkas oleh pihak polis kerana menagih dadah. Setelah dewasa, HAFIS berjumpa dengan KAK ANA, yang juga seorang pelacur. KAK ANA menjaga HAFIZ sebagai adik angkat. Suatu hari HAFIS mengetahui hakikat bahawa KAK ANA mengandung anak luar nikah, mereka bertengkar, tanpa sedar akan kemarahan HAFIS telah membunuh KAK ANA. HAFIS tertekan kerana dia tidak mahu bayi dalam kandungan yang tidak berbapa itu menerima nasib yang sama sepertinya.
Kes bunuh juga turut menghantar ALIAS ke tali gantung. ALIAS anak sulung dalam keluarga dan datang daripada keluarga yang susah. Ibunya menghidap penyakit kencing manis yang kronik . Suatu hari, ibunya dimasukkan ke hospital dan doktor perlu memotong kaki ibunya dan ini memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. ALIAS tiada mata pencarian lain semenjak diberhentikan kerja. ALIAS terdesak. ALIAS terpaksa mengambil keputusan yang amat berat dalam hidupnya. ALIAS merompak sebuah kedai emas dan dalam pada itu, dia telah tertikam seorang pengawal keselataman di situ. ALIAS dijatuhkan hukuman sampai mati kerana menyebabkan kematian.
Kisah OSMAN pula menghantarnya ke tali gantung disebabkan dirinya dianiaya. OSMAN hadir dari keluarga yang sederhana dan masih mempunyai ibu bapa yang prihatin terhadapnya. OSMAN seorang pelajar universitI dalam bidang penulisan. Dia gemar menulis artikel berkaitan dadah dan isu semasa. Pada waktu lapang, OSMAN bekerja sambilan di kedai burger bagi menampung perbelanjaan belajarnya. Suatu malam di kedai burger, OSMAN didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali ingin menumpangkan beg yang sebenarnya mengandungi dadah, namun polis telah menangkap OSMAN bersama-sama dadah yang terisi di dalam beg tersebut. OSMAN berperang dalam hati untuk membuktikan dirinya tidak bersalah namun dia tidak mempunyai bukti. OSMAN dihukum gantung sampai mati kerana memiliki dadah yang berlebihan.
GALERI PRODUKSI
Pengerusi
Pengarah
Pelakon
Pelakon
Pelakon
Pelakon
PENGHARGAAN
- Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN)
- KA Estetik
- Ceritera FM
- Stefani Events (Sanggar Teater Fauziah Nawi)
PRODUKSI
Pelakon
- Saiful Wazien sebagai Hafis
- Azlan Komeng sebagai Osman
- Wan Raja sebagai Alias
Pelakon Tambahan
- Afiyah Azli sebagai Kak Ani
- Deej Zainey sebagai Warden Penjara
Penampilan Khas
- Hajah Fauziah Nawi sebagai Ibu
Pembantu Pementasan
Azhar
Pembantu Peralatan
Yem Sabri
Pengarah Fotografi
Fiq Sam
Audio
Mustafa Kamal
Penyunting
Wan Shah
Pengurus Penerbitan
Nazahatul Laila
Promosi
- Deej Faizal Muzni
- Deej Zainey
Penerbit
Shekh Shuhaimi
Pengarah
Khusiary Mahayuddin @Boss Fendy
Diterbitkan oleh
Persatuan Seni Ceritera