Teater Magika, Pengembaraan Tanpa Penghujung
Date: 31/05–01/06/2025
Time: 3:00PM, 8:30PM
Duration: 90 minutes without intermission
Doors Open: 20 minutes before the show
Seating: Auditorium
Dress Code: Casual
Recommended for: 5 years old and above
Price
RM15.00, RM25.00, RM35.00
from
RM15.00
Additional Fee Applies
Duration: 90 minutes without intermission
Doors Open: 20 minutes before the show
Seating: Auditorium
Dress Code: Casual
Recommended for: 5 years old and above
Performers & Creatives
Se
Senjakala
Pengarah dan Penulis Skrip
Pengarah teater yang dikenali sebagai Senjakala dan telah berkecimpung dalam industri hampir 25 tahun. Beliau pernah meraih anugerah Pengarah Terbaik di Festival Teater Malaysia peringkat Negeri Johor
Za
Zaifri Husin
Pengarah Lakon
Berkelulusan Ijazah Sarjana Pengarahan Teater (MFA) daripada Middlesex University, UK. Pengarah, pelakon dan penulis skrip. Pengarah Terbaik festival teater di IRAN. Berpengalaman sebagai pensyarah,
Si
Siti Fadilah
Pengurus Produksi
Aktif dalam pementasan teater perdana di Negeri Johor seperti Harimau Johor, Kota Kelip2. Salah satu pengerak utama dalam pementasan teater di Johor.
kh
khalid
Penolong Pengarah
Berasal dari Johor Bahru. Mula bergiat pada tahun 2013. Melanjut Pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian (Pengarahan) Teater di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Az
Azrul Syafiq
Kebayan
Aktif dalam pementasan teater dan tarian, beliau pernah memegang watak utama serta meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Penari Terbaik (L) di Festival Tari Malaysia Zon Selatan 2024 di Melaka.
Pu
Putera Amir
Pengurus Pentas
Pelakon dan Karyawan Teater lepasan ASWARA sangat aktif di dalam pementasan Teater di Johor. Pernah memegang watak utama di dalam Teater Uda dan Dara.
si
siti bunga
Krew Produksi dan Videographer
Baru memulakan langkah di dalam bidang persembahan. Aktif dalam penghasilan filem pendek dan pernah memenangi Filem Pendek Kolej.
Sa
Safienaz
Penolong Pengurus Produksi
Komited dalam menjalankan tugas sebagai pegawai teknikal dan memiliki minat mendalam dalam bidang kesenian. Kini, beliau mula berjinak-jinak dalam dunia pementasan teater di Johor.
Af
Afifah Alesya Binti Talib
Puteri Yasmin
Seorang artis muda dari Tari Alif Johor Bahru yang pernah mewakili Malaysia dalam pementasan Manusia Raja di Bandung, Indonesia pada tahun 2025. Beliau juga berpengalaman dalam bidang lakonan dan tari
Za
Zanariah Binti Tukinan
Pegawai Pengurusan
Seorang yang sangat ikhlas dalam menjalankan tugasan produksi. Terlibat dalam beberapa pementasan teater perdana di Johor.
Ij
Ija
Pegawai Teknikal Produksi
Melibatkan diri dalam bidang pengurusan produksi sebagai pegawai bahagian pengurusan tiket. Terlibat dalam beberapa siri pementasan perdana di Johor.
HE
HERWAN BIN JANI
Penyelaras sukarelawan
Bertindak sebagai penyelaras sukarelawan, berperanan dalam menyedia dan menguruskan sukarelawan bagi memastikan kelancaran pengurusan program.
Ma
Mamiviqa
Pengawai Teknikal Busana
Sangat cemerlang dalam menjalankan tugas dan pernah terlibat dalam beberapa siri pementasan utama di Johor.
Me
Melisa Azura Binti Mazilan
Pegawai Pengurusan
Berminat dalam bidang kesenian dan pernah terlibat dalam pengurusan persembahan teater perdana di Johor.
Si
Siti madinah atiqah binti hasnan
Penolong Pengarah & Inang Kecut
Bekas pelajar ATJ yang kini kembali ke pentas teater perdana ini pernah mewakili Malaysia dalam Festival ASEAN 2024 melalui pementasan Manusia Raja di Bandung.
Ha
Hadi Mikail
Hadi
Pelakon cilik yang semakin meningkat naik, pernah membintangi teater perdana seperti Harimau Johor pada 2024.
Le
Lea Mustafa
Mak Andih dan Permaisuri Kayangan
Karyawan Teater Johor ini amat dikenali dalam pementasan Perdana Johor seperti Uda dan Dara dan Harimau Johor. Sangat Komited dalam karya-karya Teater. Seorang penari yang cantik dalam gerakan tari.
Ya
Yasmin
Artis Jemputan sebagai Ratu Laut
Pelakon yang tidak asing lagi di Malaysia, pernah berlakon dalam drama-drama di TV dan juga pementasan di Johor, Kembali aktif semula dengan penampilan khas di Teater Harimau Johor pada 2025.
Ticketing
About
Latar Belakang Magika, Pengembaraan tanpa Penghujung
Teater ini dihiasi dengan elemen muzik, tarian, dan penceritaan yang menarik, pementasan ini bertujuan menghiburkan serta menyampaikan mesej positif kepada penonton.
Gerak Teater Johor bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, Yayasan Warisan Johor dan Tourism Johor sangat komited dalam memartabatkan seni persembahan tempatan dengan melibatkan bakat muda dan profesional. Melalui kolaborasi ini, mereka berharap dapat memperkaya industri seni teater di Johor serta menarik minat generasi muda terhadap seni persembahan.
Teater Magika: Pengembaraan Tanpa Penghujung dijangka menjadi tontonan menarik bagi seisi keluarga, menawarkan pengalaman teater yang memukau serta menghidupkan keindahan budaya dan kreativiti tempatan.
Sinopsis Magika, Pengembaraan tanpa Penghujung.
Karya dan Arahan: Senjakala
Di sebuah perkampungan terpencil, dua beradik, Haykal dan Hadi telah diculik oleh Penunggu Hutan ,lalu diserahkan kepada Kebayan yang mahu menjadikan mereka sebagai santapan agar mereka akan kekal cantik.
Akhirnya mereka membebaskan diri dari Kebayan tetapi telah tersesat ke Hutan Misteri. Dengan bantuan dan maklumat dari Penjaga Hutan Misteri, Puteri Aurora dan Puteri Yasmin, mereka mendapat petunjuk bahawa hanya Geliga Sakti yang dimiliki Ratu Laut dapat membuka gerbang ke alam nyata. Namun, perjalanan mereka penuh dengan cabaran. Mereka perlu menemui Raja Kecil di Kerajaan Darat untuk mendapatkan Insang Hikmat, satu-satunya alat yang membolehkan mereka bernafas di dalam air dan meneruskan perjalanan ke Kerajaan Laut.
Di dasar lautan, mereka berhadapan dengan Putera Obor-Obor dan Ratu Laut yang tidak mudah menyerahkan Geliga Sakti. Dengan keberanian dan kepintaran, Haykal dan Hadi perlu membuktikan bahawa mereka layak memiliki Geliga Sakti demi kembali ke dunia mereka.
Adakah mereka akan berjaya merentasi segala cabaran? Atau selamanya terperangkap dalam dunia misteri yang tidak berpenghujung? Saksikan "Magika: Pengembaraan Tanpa Penghujung", sebuah teater penuh aksi, magis, dan pengorbanan!
Saksikan kemeriahan teater ini dengan musik dan tarian serta lakonan yang luar biasa oleh pelakon-pelakon cilik teater ini bersama aktivitis teater Negeri Johor.