KONSERT MUZIK ORKESTRA REMAJA KUALA LUMPUR X RAKAN MUDA 2025
Language: English, Bahasa Malaysia
Subtitle: Bahasa Melayu, Bahasa Malaysia
Category: Music
Tags: Classical, Solo, Concert
Duration: 120 minutes without intermission
Doors Open: 30 minutes before the show
Seating: Free Seating
Dress Code: Smart Casual
Recommended for: 10 years old and above
Price
RM0.00
from
RM0.00
All Fees Included
Duration: 120 minutes without intermission
Doors Open: 30 minutes before the show
Seating: Free Seating
Dress Code: Smart Casual
Recommended for: 10 years old and above
Ticketing
Saturday
15th
Feb 2025
About
Konsert Orkestra Kuala Lumpur X Rakan Muda 2025 merupakan program kerjasama dengan Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan (JKKPS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Program ini merupakan program kesinambungan daripada Kem Muzik Rakan Muda @ Kuala Lumpur 2024. Peserta adalah dalam kalangan belia berumur 13 hingga 30 tahun yang mahir bermain alat muzik dan menetap di sekitar kawasan Lembah Klang. Berikut adalah perincian jumlah penyertaan:
i. Jumlah peserta yang mendaftar untuk sesi uji bakat: 158 orang
ii. Jumlah peserta yang hadir ke sesi uji bakat: 142 orang
iii. Jumlah peserta yang layak ke Kem Muzik: 86 orang
DBKL akan mengadakan Konsert Orkestra Remaja Kuala Lumpur X Rakan Muda 2025 sebagai penutup kepada program Kem Muzik yang berlangsung selama seminggu. Konsert ini bertujuan untuk memberikan platform kepada peserta kem yang terdiri daripada remaja berbakat untuk mempersembahkan hasil pembelajaran mereka dalam satu persembahan yang memukau dan menyeronokkan.
Selama seminggu bermula 10 Januari 2025 hingga 14 Januari 2025, peserta kem telah menjalani pelbagai sesi pembelajaran dan latihan intensif di bawah bimbingan tenaga pengajar berpengalaman daripada Orkestra Kuala Lumpur. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuk kelas Teknik bermain alat muzik, teknik vokal, dan pengurusan persembahan. Selain itu, peserta juga diberikan pendedahan tentang teori muzik dan kerja berpasukan, yang membolehkan mereka lebih bersedia untuk menghadapi penampilan di pentas.
Konsert yang akan diadakan di Auditorium DBKL, dapat menyaksikan penglibatan seramai 90 remaja yang membentuk orkestra remaja. Acara ini akan dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat, termasuk ibu bapa peserta, warga tempatan dan peminat muzik. Persembahan dibuka dengan lagu tema filem-filem kartun.
Konsert ini adalah hasil kerjasama antara DBKL dan Kementerian Belia dan Sukan (Rakan Muda), yang memberi sokongan padu dalam menganjurkan dan mempromosikan sebuah acara untuk golongan belia. Programini merupakan sebagai satu inisiatif untuk menggalakkan bakat seni di kalangan remaja dan menyediakan mereka dengan peluang untuk menonjolkan diri di platform yang lebih luas.
Secara keseluruhan, Konsert Orkestra Remaja Kuala Lumpur X Rakan Muda 2025 mencapai objektif dengan jayanya, bukan sahaja sebagai pentas bagi bakat muda berkongsi hasil kerja mereka, tetapi juga sebagai satu acara yang mempromosikan muzik sebagai medium penyatuan komuniti. Dengan ini, pihak DBKL berharap banyak program sebegini dapat diadakan pada masa akan datang untuk terus menggilap bakat seni remaja di Kuala Lumpur
![](https://cdn.cloudjoi.com/93396/WhatsApp-Image-2025-02-07-at-10.00.05.jpeg)