Profession:
Director
Based Location:
Klang Valley
Visual Age Range:
26-30
Gender:
Male
Ethnicity:
Malay
Height (CM):
169cm
SaifulWazien Bin Mohamad Jelani lebih dikenali dengan nama pentas SaifulWazien mulakan penglibatannya dalam bidang seni pada tahun 2010 (hanya setahun sahaja) dengan mengenal asas seni tari, teater dan lakonan bersama Tunas Budaya JKKN KL HQ dan meneruskan pengajian dalam bidang seni selepas tamat persekolahan dengan mengambil Diploma Teater di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan menyambung pelajaran seni Ijazah Sarjana Muda (Lakonan) di Akademi Seni Budaya Warisan dan Kebangsaan (ASWARA). Sepanjang penglibatan seni banyak terlibat dalam persembahan teater berskala kecil dan besar di sekitar bandar Kuala Lumpur. Pelbagai juga genre persembahan yang pernah dipersembahkan. Sebagai contoh, Teater Mahsuri (UiTM), Muzikal Uda dan Dara (UiTM), Bangsawan Abu Hassan Pencuri (JKKN), Teater Tradisional Mek Mulung (JKKN) dan banyak lagi. Pernah juga mendapat beberapa anugerah seperti Best Performance, Best Movement & Best Vocal untuk Teater Monolog Hikayat di Universiti Malaya (UM), Johan Festival Teater Malaysia peringkat Kebangsaan, dan Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di FiTA KaryaOne Awards 21 UiTM.